100,000 ikan mati dibuang di pantai Perancis - Utusan Malaysia

100,000 ikan mati dibuang di pantai Perancis

KAPAL pukat tunda kedua terbesar di dunia didakwa membuang ikan jenis blue whiting di luar pantai barat Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa gambar tular menunjukkan permukaan Lautan Atlantik dilitupi lebih 100,000 bangkai ikan yang terapung.

Lapor Daily Mail, sebuah kapal pukat tunda, FV Margiris dilaporkan membuang ikan jenis blue whiting di luar pantai barat Perancis.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan aktivis alam sekitar.

Sejumlah besar bangkai ikan ditemukan terapung di kawasan seluas kira-kira 3,000 meter persegi di luar pantai La Rochelle.

Dalam pada itu, pemilik FV Margiris dari Belanda menyifatkan insiden itu sebagai kemalangan yang jarang berlaku.

Jelas pemilik kapal itu, pukatnya mengalami kerosakan sehingga menyebabkan insiden tersebut berlaku.

Namun, kumpulan aktivis alam sekitar Sea Shepherd France mendakwa kapal pukat tunda itu hanya mahu membuang ikan yang tidak ingin diproses sekaligus melanggar peraturan ditetapkan Kesatuan Eropah (EU). 

“Kapal-kapal ini, tanpa sebarang saksi dan kawalan, hanya mahu membuang semua tangkapan sampingan (ikan yang tidak ingin ditangkap) ke dalam laut serta kekal berada di kawasan itu dan terus memancing,” kata ketua kumpulan aktivis, Lamya Essemlali.  

Sementara itu, Persatuan Pelagic Freezer-Trawler menerusi kenyataan mengakui tangkapan ikan itu ‘dilepaskan secara tidak sengaja’ akibat jaring koyak.

Katanya, jaring koyak itu berpunca daripada hasil tangkapan yang terlalu banyak dan tidak disangka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya