10 bandar utama di Brazil terjejas akibat hujan lebat - Utusan Malaysia

10 bandar utama di Brazil terjejas akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Gabenor Sao Paulo, Joao Doria mengumumkan peruntukan 15 juta reales (RM11.7 juta) bagi membantu 10 bandar paling terjejas dan 645 kawasan di Brazil akibat hujan lebat tanpa henti selama tiga hari.

Hujan lebat melanda negeri Sao Paulo di Brazil sejak Jumaat hingga Ahad lalu, menyebabkan 19 penduduk terbunuh.

Daripada jumlah itu, 11 orang maut Ahad lalu, selepas tanah runtuh menghempap rumah di kawasan bandar.

Jabatan Pertahanan Awam berkata, terdapat sembilan mangsa mengalami kecederaan dan lima yang lain masih hilang.

Kerajaan Sao Paulo berkata, mangsa yang maut melibatkan tujuh kanak-kanak dan 500 yang lain kehilangan tempat tinggal akibat bencana yang turut menyebabkan kejadian pokok tumbang.

Di Embu das Artes, tanah runtuh mengorbankan seorang wanita dan dua anaknya berusia empat dan 21 tahun.

Sao Paulo dihuni oleh 12 juta populasi penduduk.

Brazil dilanda cuaca teruk sehingga menyebabkan bencana sejak musim hujan bermula Oktober tahun lalu.-AP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya