Zoo di Brazil didakwa aniaya 15 zirafah hingga ada yang mati - Utusan Malaysia

Zoo di Brazil didakwa aniaya 15 zirafah hingga ada yang mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil menyiasat kematian tiga ekor zirafah dan dakwaan 15 lagi haiwan itu dizalimi di sebuah zoo di sini.

Pasukan polis turut menahan dua lelaki yang didakwa menganiaya haiwan tersebut dan merampas kesemua 15 zirafah yang diimport dari Afrika di sebuah resort safari di selatan Rio De Janeiro yang dikenali sebagai BioParque Do Rio.

Terdahulu, polis giat menyiasat kematian tiga zirafah yang diimport oleh zoo baharu tersebut, namun pengurusan zoo berkenaan menafikan dakwaan itu.

“Polis dan pakar mengesahkan belaku penganiayaan terhadap sejumlah zirafah dan dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis akan terus menyiasat bagi mengenal pasti punca jenayah dan hukuman tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan polis.

Dalam pada itu, zoo berkenaan mengulangi pendirian tidak berlaku sebarang penganiayaan atau kezaliman terhadap haiwan di premis tersebut.

Menerusi satu kenyataan, tiga zirafah itu mati akibat terlepas dari kurungan sebelum dibawa ke zoo berkenaan.

“Zirafah juga seperti manusia, haiwan itu boleh tertekan dan jatuh sakit yang menyebabkan kematian,” jelas kenyataan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya