Wanita masuk hospital selepas 'melantak' sushi di restoran 'all you can eat' - Utusan Malaysia

Wanita masuk hospital selepas ‘melantak’ sushi di restoran ‘all you can eat’

DANIELLE SHAPIRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang wanita yang memaksa dirinya untuk makan sushi sebanyak boleh di sebuah restoran all you can eat akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami sakit perut yang teruk.  

Disebabkan itu, Danielle Shapiro, 24, mahu menuntut semula wangnya sebanyak AS$50 (RM209) yang dicaj bagi set bufet satu kepala di Restoran Sushi 85 di Mountain View, California.  

Semasa kejadian, Shapiro makan 32 kepingan sushi, empat gyozas, semangkuk edamame, dua jalapeno poppers dan semangkuk sup miso

Akhirnya, wanita itu disahkan diserang penyakit Gastroesophageal Reflux atau lebih dikenali sebagai refluks asid yang menyebabkan asid perut mengalir kembali ke esofagus sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 

Pesakit akan mengalami gejala seperti kembung perut, muntah, sendawa, pedih ulu hati dan sakit tekak akibat pengumpulan asid. 

Shapiro memuat naik video kejadian dalam Tiktok sehingga meraih tontonan 11.3 juta pengguna media sosial. 

Wanita yang berasal dari San Mateo County, utara California menjelaskan dia adalah peminat tegar sushi dan akan menikmati hidangan Jepun itu beberapa kali dalam tempoh sebulan.  

“Sebab itu, saya ambil peluang dengan kawan makan sushi berharga AS$50 seorang dan akan memastikan pulangan yang berbaloi dengan makan sebanyak boleh,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya