Wanita mabuk ceroboh landasan pesawat - Utusan Malaysia

Wanita mabuk ceroboh landasan pesawat

RAKAMAN video menunjukkan seorang wanita sebelum ditahan pihak berkuasa kerana menceroboh landasan kapal terbang.-TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita ditahan kerana berlari ke landasan kapal terbang selepas didakwa menghabiskan terlalu banyak masa di bar dan mengalami kelewatan bagi penerbangannya.

Vickie Meyers, 53, dibawa masuk ke kawasan selamat selepas dia cuba memberhentikan penerbangan Spirit Airlines di Lapangan Terbang Sky Harbour di Phoenix, AS, 26 Disember lalu.

Menerusi satu video yang tular, Meyers diiringi pihak berkuasa menaiki tangga yang berada  betul-betul di sebelah pesawatnya itu.

Video milik seorang lelaki bernama Anthony itu menunjukkan pegawai polis lapangan terbang mengikut belakang Meyers untuk memastikan dia kembali memasuki bangunan terminal.

Di ruangan komen video itu, Anthony menjelaskan pesawat itu bersedia untuk berundur dari terminal sebelum Meyers berlari ke arah pesawat berhampiran.

Perbuatannya itu menyebabkan pesawat lain turut terjejas dan mengalami kelewatan untuk berlepas.

Video berdurasi 58 saat itu menunjukkan penumpang lain bertepuk tangan selepas pihak berkuasa berjaya menangkap wanita itu ketika mereka menyaksikan situasi itu.

Meyers yang berasal dari St. Louis, Missouri ditangkap kerana menceroboh dan dibawa ke Penjara Daerah Maricopa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya