Wanita derita sejak kecil susah makan, minum - Utusan Malaysia

Wanita derita sejak kecil susah makan, minum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mengalami sindrom ganjil yang menyebabkan dia tidak mampu makan atau minum dan terpaksa berjuang untuk hidupnya kerana keadaan itu menyebabkan dia boleh mati kelaparan.

Lapor Daily Star, Nicolette Baker, 36, yang mempunyai berat 20 kilogram selepas seumur hidup menderita sindrom yang sangat jarang berlaku menyebabkan waktu makan menjadi ‘sangat menyakitkan’ buat dirinya.

Dia berharap untuk menjalani pembedahan yang dapat mengubah hidupnya di Jerman, hujung Februari depan.

“Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya sehingga tarikh pembedahan, tetapi saya hidup untuk setiap hari dan berharap menjadi lebih baik,” luahnya.

Selain mengalami sindrom tersebut sejak lahir, Nicolette turut mengalami sindrom Superior Mesenteric Arterial (SMAS) tujuh tahun lalu.

Katanya, sejak berusia empat tahun dia terpaksa mengehadkan pengambilan makanan bagi melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialaminya.

Pesakit SMAS boleh mengalami ketakutan untuk makan akibat tekanan pada bahagian usus kecil sehingga menyebabkan muntah dan jangkitan kuman.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya