Varian Omicron versi baharu ditemukan di UK - Utusan Malaysia

Varian Omicron versi baharu ditemukan di UK

VARIAN Omicron BA.2 ditemukan di Eropah dan India. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu sub-varian Omicron baharu dijangka mampu ‘melangkaui’ versi semasa, selepas 400 kes dikesan di United Kingdom (UK), sejak beberapa minggu lalu.

Lapor Daily Star, sub-varian Omicron BA.2 dikesan di UK sejak November, tahun lalu.

Varian Omicron versi baharu itu juga malah ditemukan di Eropah dan India.

Minggu lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK mengklasifikasi sub-varian Omicron BA.2 sebagai varian dalam siasatan (VUI).

Ketika ini, varian Omicron semasa dikenali sebagai Omicron BA 1.

Memetik laporan The Mirror, lebih 6,400 kes varian Omicron versi baharu ditemukan di Denmark, yang kini dipercayai menjadi pusat penularan.

Bagaimanapun, ketua doktor dan penyelidik virus di Institut Serum Statens (SSI), Anders Fomsgaard memaklumkan pihaknya tidak dapat melihat sebarang perbezaan dalam kadar kemasukan ke hospital dan kes kematian selepas penemuan varian Omicron BA 2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya