US pertimbang benarkan diplomatnya tinggalkan China - Utusan Malaysia

US pertimbang benarkan diplomatnya tinggalkan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan sama ada akan membenarkan pelepasan diplomat dan ahli keluarga mereka di China, susulan langkah kawalan ketat Covid-19. 

Lapor Reuters, dua sumber yang enggan dikenali mendedahkan Kedutaan AS menghantar permintaan kepada Washington untuk ditandatangan secara rasmi, ketika China meningkatkan protokol pencegahan Covid-19, menjelang pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dalam tempoh kurang dua minggu. 

Sumber memaklumkan kakitangan kedutaan kecewa kerana kerajaan AS tidak mahu atau tidak dapat mengecualikan pegawai negara itu daripada langkah kuarantin yang ketat. 

Jelasnya, peraturan itu termasuk kemungkinan kemasukan secara paksa ke klinik demam Covid-19 dan pemisahan daripada kanak-kanak. 

Dalam pada itu, Jabatan Negara memberitahu Reuters dalam kenyataan Selasa lalu, status operasi di kedutaan dan konsulatnya di China tidak berubah. 

“Sebarang perubahan dalam status operasi seperti ini bergantung kepada aspek kesihatan dan keselamatan rakan sekerja dah ahli keluarga mereka,” kata jurucakap itu. 

Menurut sumber, Kedutaan AS menjalankan tinjauan dalaman dan mendapati 25 peratus staf dan ahli keluarga memilih untuk meninggalkan China secepat mungkin. 

Sumber lain pula berkata, kepemimpinan kedutaan gagal mendapatkan jaminan yang sewajarnya dari China mengenai layanan terhadap diplomat AS sepanjang wabak melanda. 

Semasa wabak mula melanda, Kerajaan AS bertindak memindahkan 1,300 diplomat AS dan ahli keluarga dari China. 

Kerajaan AS dan China menjadi buntu selama berbulan-bulan berhubung prosedur ujian dan kuarantin bagi pegawai asing.

China menetapkan diplomat asing perlu mematuhi peraturan kawalan pandemik seperti kuarantin dan ujian semasa ketibaan, walaupun beberapa diplomat asing tidak perlu memasuki hotel kuarantin yang ditetapkan kerajaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya