Tujuh maut bot pelancong ditimpa cenuram runtuh di Brazil - Utusan Malaysia

Tujuh maut bot pelancong ditimpa cenuram runtuh di Brazil

PASUKAN keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di Tasik Furnas di Minas Gerais, Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan tiga hilang apabila satu cenuram runtuh dan menimpa sebuah bot pelancong di sebuah tasik di Brazil.

Pasukan penyelamat termasuk penyelam dan anggota tentera laut Brazil dikerah ke lokasi kejadian di Tasik Furnas di negeri Minas Gerais.

Jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara berkata, sehingga kini mangsa korban adalah seramai tujuh orang dan tiga lagi hilang.

Bomba sebelum ini melaporkan 20 hilang, namun jumlah itu dikurangkan selepas mereka ditemukan pergi ke hospital sendiri tanpa menunggu pihak berkuasa.

Tasik itu dipenuhi dengan pelancong yang ingin menyaksikan air terjun dan formasi batuan unik.

Beberapa video yang dikongsi menerusi media sosial menunjukkan cenuram itu runtuh dan menimpa tiga bot pelancong.

Terdapat juga video menunjukkan beberapa pelancong memberi amaran bahawa banyak batuan jatuh dan menjerit supaya bot mereka dijauhkan dari tebing berkenaan.

Insiden itu turut mendapat perhatian Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang mengerahkan pasukan keselamatan pergi ke lokasi kejadian dengan segera untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, pasukan penyelam tidak dapat meneruskan operasi SAR pada waktu malam atas faktor keselamatan dan runtuhan cenuram itu mungkin berlaku akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya