Terperangkap dalam 'macet', bayi meninggal dunia dalam ambulans - Utusan Malaysia

Terperangkap dalam ‘macet’, bayi meninggal dunia dalam ambulans

SEBUAH ambulans tiba terlalu lambat di hospital akibat kesesakan lalu lintas di Makassar sehingga menyebabkan pesakitnya meninggal dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Gara-gara kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya, sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya.

Akibatnya, pesakit yang merupakan seorang bayi itu meninggal dunia di dalam ambulans dan situasi itu dikesali pelbagai pihak termasuk pemandu kenderaan kecemasan tersebut.

Menerusi satu video yang tular, pemandu ambulans itu dilihat menghantar pesakit itu ke hospital dan memaklumkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia akibat terlalu lama untuk sampai hospital kerana kesesakan lalu lintas.

Pemandu tersebut juga memaklumkan, pengguna jalan raya enggan beri laluan kepada mereka, selain tiada pasukan keselamatan mengiringi perjalanan ke hospital.

“Kami menjemput pesakit yang merupakan seorang bayi di Rappocini untuk dibawa ke hospital Daya Makassar.

“Ketika dalam perjalanan, kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dengan tiada sesiapa mahu berikan kami laluan segera.

“Akibatnya, bayi itu meninggal di dalam ambulans dan kami hanya mampu menyaksikan ibu bapanya menangis. Hal ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi dengan kebanyakan pengguna media sosial menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada ibu bapa bayi tersebut.

Ada juga pengguna yang menyatakan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini masih di tahap rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya