Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv - Utusan Malaysia

Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERUSALEM: Pejuang Palestin berjaya melepaskan dua roket ke perairan Mediterranean sehingga menyebabkan berlaku letupan di pantai Tel Aviv.

Lapor Reuters, pihak polis memaklumkan tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut.

Tiada mana-mana kumpulan dari Gaza mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbaharu itu.

Semalam, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba menikam tentera dan orang awam di perhentian bas di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian penyerang yang bernama Amir Atef Rayyan.

Tentera berkata, cubaan menikam itu berlaku berhampiran persimpangan Gitain Avisar di Tebing Barat.

Warga Palestin itu, katanya, mendekati pos tentera dengan menaiki kereta dan keluar dari kenderaan itu dengan bersenjatakan pisau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya