Tahun Harimau lambang keberanian - Utusan Malaysia

Tahun Harimau lambang keberanian

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar tanglung harimau di Yuyuan Garden di Shanghai.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN Baharu Cina 2022 disambut oleh kira-kira dua bilion penduduk di seluruh dunia. 

Perayaan itu ditandakan sebagai cuti umum di Indonesia, Vietnam, Korea Selatan, Malaysia, Korea Utara dan Taiwan. 

Perayaan sempena cuti peristiwa itu juga dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar atau Festival Musim Bunga yang akan disambut bermula 1 Februari hingga 15 Februari depan. 

Terdapat 12 Zodiak Cina yang mewakili setiap elemen dan perwatakan yang berubah-ubah setiap tahun. 

Tahun ini merupakan Tahun Harimau yang mewakili zodiak ketiga dalam Zodiak Cina. 

Binatang lain dalam zodiak tersebut adalah tikus, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, anjing dan babi. 

LAMBANG KEBERANIAN 

Tahun Baharu Cina menandakan permulaan tahun baharu menurut kalender lunar tradisi Cina. 

Individu yang lahir pada Tahun Harimau dikatakan memiliki keberanian, kompetitif, berkeyakinan dan sifat tidak boleh dijangka.  

Tahun Harimau pernah disambut pada 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010 dan 2022. 

Kebanyakan kanak-kanak Cina akan memakai topi atau kasut dengan imej harimau bagi mengharapkan tuah yang baik. 

SAMBUTAN DI LONDON

Sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut di London kebiasaannya akan menarik tumpuan ratusan ribu orang dari kawasan ibu negara dan seluruh United Kingdom. 

Acara tersebut dihiasi dengan perarakan, pameran dan persembahan pentas. 

Pameran utama kebiasaannya akan diadakan di Charing Cross Road sebelum bergerak ke Shaftesbury Avenue. 

Sambutan akan diakhiri dengan upacara menconteng mata singa di Trafalgar Square. 

Bagaimanapun, sambutan tahun ini tidak akan diadakan dalam skala besar disebabkan pandemik Covid-19. 

Sambutan hanya melibatkan tarian singa dalam skala kecil dan pasar malam di Newport Place, Chinatown dengan tayangan video persembahan yang dirakam lebih awal. 

Jurucakap Datuk Bandar London menjelaskan penyebaran varian Omicron di seluruh ibu negara menyebabkan pihak penganjur terpaksa mengambil keputusan yang sukar mengatur balik perancangan sambutan perayaan. 

“Agak mengecewakan apabila kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai di Trafalgar Square dengan bilangan seperti sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita masih meraikan majlis tersebut dan butiran terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya