Suami kahwin lain, si isteri upah dua individu lakukan serangan asid - Utusan Malaysia

Suami kahwin lain, si isteri upah dua individu lakukan serangan asid

SUSPEK yang merancang dan melakukan serangan asid ditahan untuk soal siasat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 47 tahun, M Irsyad dari Dusun III Desa Punggulan, Asahan, Sumatera Utara cedera parah selepas disiram asid pada wajahnya.

CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku, didakwa dirancang isterinya yang rasa sakit hati apabila suaminya kahwin lain.

Ketua Polis Daerah Asahan, Putu Yudha Prawira berkata, bukan sahaja si isteri, polis turut menahan dua lagi suspek untuk membantu siasatan.

Kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika anak mangsa, Fani Adityasadli, 23, melaporkan kejadian kepada polis.

Pada awalnya Fani diberitahu bahawa bapanya itu cedera akibat dipukul.

Ketika berada di lokasi, Fani mendapati bapanya mengalami luka bakar di bahagian muka.

Anak mangsa kemudiannya membawa bapanya itu ke Hospital Kisaran untuk rawatan lanjut.

Menurut Putu, semalam, mangsa dan si isteri disoal siasat di Air Joman dan wanita itu mengakui melakukan perbuatan itu terhadap suaminya.

“Dia merancang perkara itu bersama seorang wanita dan seorang lalki dengan upah 3 juta rupiah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya