BANGKOK: Kumpulan saintis mengesahkan satu spesies baharu tarantula wujud di Thailand.
Lapor CNN, tarantula spesies baharu itu pada mulanya ditemukan secara tidak sengaja oleh seorang Youtuber, JoCho Sippawat yang mempunyai 2.5 juta pengikut.
Sippawat merakamkan gambar tarantula itu di sebuah hutan di daerah Mueang Tak di wilayah Tak.
Dia kemudiannya menghantar gambar tarantula itu kepada seorang saintis yang mengkaji labah-labah, iaitu Narin Chomphuphuang.
Setelah diteliti dan pelbagai kajian dilakukan, Chomphuphuang mengesahkan tarantula yang hidup dalam pokok buluh itu sebagai tarantula dari gen dan spesies baharu yang tidak pernah ditemukan sebelum ini.
Tarantula itu dinamakan sebagai ‘Taksinus bambus’ sempena nama raja Thailand, Taksin.
Kebanyakan tarantula di Asia Tenggara hidup di atas tanah atau di pokok dan Taksin bambus mempunyai habitan di pokok buluh.
Chomphuphuang menjelaskan, buluh mempunyai kelembapan yang tinggi dan membantu tarantula mengekalkan suhu bersesuaian.