Sokong Putin, Panglima Tentera Laut Jerman letak jawatan serta-merta - Utusan Malaysia

Sokong Putin, Panglima Tentera Laut Jerman letak jawatan serta-merta

KAY-ACHIM SCHONBACH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Panglima Tentera Laut Jerman dilaporkan meletak jawatan berikutan mengeluarkan komen kontroversi berhubung isu Ukraine.

Lapor BBC, Kay-Achim Schönbach berkata, beliau meletak jawatan berkuatkuasa serta merta untuk mengelakkan sebarang konflik berterusan.  

Keputusan mendadak itu dibuat selepas Schönbach menyifatkan idea Rusia mahu menyerang Ukraine adalah mengarut.

Katanya, apa yang Presiden Rusia, Vladimir Putin mahukan adalah penghormatan semata-matanya.

“Adalah mudah untuk memberi penghormatan yang dituntutnya dan saya rasakan beliau juga berhak menerimanya,” katanya.

Schönbach mengeluarkan komen kontroversi itu ketika berada dalam perbincangan badan pemikir di India pada Jumaat lalu dan rakaman video itu yang dikongsi dalam media sosial menjadi tular.

Dalam video tersebut, Schönbach menyatakan, Putin perlu dilayan sama rata oleh negara Barat.   

Sementara itu, sebahagian besar negara Barat dilaporkan membekalkan senjata ke Ukraine termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Namun, Jerman menolak permintaan Ukraine untuk mendapatkan bekalan senjata dan menawarkan khidmat hospital lapangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya