Serpihan roket SpaceX bakal terhempas di bulan pada Mac depan - Utusan Malaysia

Serpihan roket SpaceX bakal terhempas di bulan pada Mac depan

ROKET milik SpaceX yang membawa satelit cuaca NASA dilancarkan dari stesen Cape Canaveral, Florida pada 11 Februari 2015. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebahagian besar serpihan roket milik SpaceX yang dilancarkan tujuh tahun lalu dan ditinggalkan di angkasa lepas selepas tamat misinya, dilaporkan bakal terhempas ke bulan pada Mac depan.

Menurut ahli astronomi, Bill Gray, roket itu dilancarkan ke orbit pada 2015 untuk menempatkan sebuah satelit cuaca Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang dikenali sebagai Deep Space Climate Observatory (DSCOVR).      

Sejak itu, katanya, bahagian kedua roket atau penggalak dikesan terapung di ruang orbit yang berada dalam keadaan tidak menentu.

Gray membuat pengiraan arah pandu pelanggaran baharu serpihan roket itu dengan bulan.

Katanya, penggalak itu melepasi berhampiran dengan bulan pada Januari lalu dalam pertemuan yang mengubah orbitnya.   

Gray merupakan individu disebalik Projek Pluto, sebuah perisian yang membolehkan pengiraan trajektori asteroid dan objek lain di angkasa lepas serta digunakan dalam program pemantauan angkasa lepas dibiayai NASA. 

Seminggu selepas bahagian roket itu bergerak menghampiri bulan, Gary memerhati semula dan memutuskan ia akan terhempas ke kawasan gelap bulan pada 4 Mac depan.  

Serpihan roket itu akan terhempas pada kelajuan lebih 9,000 kilometer sejam (km/j).

Masa dan lokasi terhempas mungkin berubah berbanding ramalan asal namun terdapat persetujuan akan berlaku pelanggaran di bulan pada hari dinyatakan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya