Serpihan roket Rusia masuk atmosfera bumi - Utusan Malaysia

Serpihan roket Rusia masuk atmosfera bumi

KERJA-kerja persiapan dilakukan untuk pelancaran roket Angara-A5 di tapak pelancaran Plesetsk di wilayah Arkhangelsk, barat laut Rusia. - KEMENTERIAN PERTAHANAN RUSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Serpihan dari sebuah roket Rusia yang berada di luar kawalan, dilaporkan memasuki semula atmosfera bumi.

Ia berdasarkan anggaran terbaharu dari Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (AS) yang menjejaki pergerakan  roket tersebut.

Lapor CNN, roket pengangkut berat, Angara-A5 dilancarkan dari tapak pelancaran Plesetsk di wilayah Arkhangelsk, barat laut Rusia, 27 Disember tahun lalu.

Berdasarkan laporan agensi berita TAS, pelancaran itu dilaksanakan bagi menguji bahagian atas roket dikenali sebagai Persei.

Menurut Agensi Angkasa Lepas AS, serpihan roket penggalak itu memasuki semula atmosfera bumi pada pukul 2.08 petang di Lautan Pasifik Selatan.

Bagaimanapun, agak mustahil untuk menentukan dengan tepat  lokasi serpihan itu terjatuh.

Semalam, Ketua Pejabat Serpihan Angkasa dibawah Agensi Angkasa Lepas Eropah, Holger Krag berkata, serpihan roket Rusia itu bergerak pada kelajuan 7.5 kilometer sesaat dan latitud kemasukan semula kemungkinan berada antara 63 darjah utara dan selatan khatulistiwa.

“Walaupun roket itu tidak menyebabkan kerosakan mahupun kecederaan terhadap sesiapa, risiko itu tetap ada dan tidak boleh diabaikan,” kata Krag.

Kebanyakan serpihan angkasa lepas terbakar apabila memasuki semula atmosfera bumi dan menimbulkan risiko sangat minimum kepada manusia.

Namun, terdapat kemungkinan bahagian serpihan yang lebih besar boleh menyebabkan kerosakan sekiranya terhempas di kawasan didiami penduduk. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya