Bawa dadah untuk cari duit untuk kahwin - Utusan Malaysia

Bawa dadah untuk cari duit untuk kahwin

POLIS menunjukkan bahan bukti yang dirampas daripada seorang keldai dadah di Palembang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Niat seorang lelaki untuk berkahwin dengan wanita pujaannya tidak dapat diteruskan apabila dia ditahan polis selepas cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat satu kilogram.

Ketika ditahan, lelaki yang dikenali sebagai Birin, 25, itu memaklumkan dia diminta oleh satu individu untuk membawa dadah tersebut dari Jakarta ke Palembang.

Birin juga memaklumkan dia dibayar upah sebanyak 10 juta rupiah (RM2,917) untuk melakukan jenayah tersebut.

“Birin terpedaya dengan upah yang dianggapnya lumayan kerana dia memang memerlukan duit untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya.

“Birin sebenarnya tidak menyedari individu yang memintanya membawa dadah itu adalah anggota polis yang menyamar untuk memerangi sindiket pengedaran dadah,” kata Ketua Polis Palembang, Mokhamad Ngajib.

Katanya, tangkapan dilakukan selepas polis menerima pelbagai maklumat hasil risikan yang dilakukan terlebih dahulu.

Selain itu, ujian air kencing juga mendapati lelaki itu positif dadah.

Jika disabit kesalahan, Birin boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya