Saintis mulakan kajian vaksin Covid-19 dalam bentuk tampalan - Utusan Malaysia

Saintis mulakan kajian vaksin Covid-19 dalam bentuk tampalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Pasukan penyelidik perubatan di Switzerland memaklumkan pihaknya sudah memulakan kajian makmal peringkat awal untuk menguji calon yang akan menerima vaksin Covid-19 dalam bentuk tampalan pada lengannya.

Usaha itu dilaksanakan bagi melihat kaedah alternatif dalam memberi suntikan vaksin.

Berbeza dengan vaksin konvensional yang merangsang penghasilan antibodi, vaksin PepGNP-Covid-19 baharu akan memberi tumpuan kepada sel-T.

Sel T yang bertanggungjawab terhadap imuniti selular, mampu memusnahkan sel yang dijangkiti virus dan menghalangnya daripada merebak.   

Syarikat Emergex Vaccines Holding membangunkan vaksin yang berpotensi itu manakala pusat penyelidikan perubatan Unisanté di Lausanne dengan kerjasama Hospital CHUV akan menjalankan ujian makmal.

Dilaporkan, ujian makmal vaksin Covid-19 dalam bentuk tampalan itu sudah bermula pada 10 Januari lalu.

Sementara itu, ketua kajian, Profesor Blaise Genton berkata, imuniti selular itu menghasilkan ‘sel memori’ yang mampu menjadikan vaksin itu tahan lebih lama dan lebih baik. 

Vaksin itu akan diberikan melalui tampalan yang diperbuat daripada jarum mikro kecil berukuran kurang 1 milimeter (mm). – REUTERS                

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya