Robot bakal ambil alih tugas doktor lakukan pembedahan rumit - Utusan Malaysia

Robot bakal ambil alih tugas doktor lakukan pembedahan rumit

STAR mampu melakukan pembedahan rumit sama seperti kepakaran doktor manusia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARYLAND: Gambaran industri perubatan bakal ‘dimonopoli robot’ pada tahun-tahun akan datang semakin hampir menjadi kenyataan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan golongan pengamal perubatan.

Kumpulan pakar di Universiti Johns Hopkins berjaya menghasilkan robot pakar bedah yang mampu melakukan prosedur pembedahan rumit seperti menyambung semula dua usus yang terputus.

Menerusi satu prosedur pembedahan terhadap empat ekor babi, robot yang dikenali sebagai Smart Tissue Autonomous Robot (STAR) disifatkan ‘lebih baik dan tepat berbanding kepakaran doktor manusia’.

Pembedahan itu juga merupakan yang pertama dilakukan oleh mesin tanpa ‘campur tangan manusia’.

Ketua projek tersebut, Prof. Axel Krieger berkata, proses menyambung dua hujung usus yang terputus merupakan antara pembedahan paling rumit yang memerlukan pakar bedah melakukan jahitan pada kadar ketepatan tinggi dan konsisten.

Katanya, masalah tangan yang menggeletar atau tersalah jahit boleh menyebabkan usus itu bocor, sekali gus menyebabkan komplikasi serius kepada pesakit.

“Penggunaan robot dalam industri perubatan bukan perkara baharu, namun menggunakannya untuk pembedahan rumit yang masih memerlukan bantuan manusia menjadi STAR robot unik.

STAR yang dihasilkan pada 2016 dilaporkan berjaya menyambung dua usus babi yang terputus itu dengan baik sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya