Ribut Tropika Ana badai Afrika Selatan, hampir 80 maut - Utusan Malaysia

Ribut Tropika Ana badai Afrika Selatan, hampir 80 maut

SEJUMLAH kenderaan musnah akibat Ribut Tropika Ana yang membadai Afrika Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Ribut Tropika Ana yang membadai Afrika Selatan menyebabkan sekurang-kurangnya 77 orang maut.

Madagascar menyaksikan sekurang-kurangnya 48 kematian dan 130,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing ke pusat perlindungan sementara susulan bencana yang berlaku.

Di Malawi, 11 orang dilaporkan terkorban, selain bekalan elektrik terputus dan beberapa kawasan diisytihar darurat, manakala sebanyak 18 penduduk terbunuh di Mozambique.

Namun, pihak berkuasa memaklumkan jumlah korban sebenar tidak dapat dipastikan dengan 20,000 penduduk terjejas akibat banjir yang disebabkan ribut tersebut.

Di Mozambique, Ana memusnahkan 10,000 kediaman dan puluhan sekolah, hospital serta merosakkan sistem saluran.

Hujan lebat dan ribut dilaporkan berterusan di beberapa negara yang terjejas, menyebabkan sejumlah kawasan dinaiki banjir.

Dalam pada itu, banjir yang melanda menyebabkan bekalan elektrik di Malawi terputus menyebabkan penduduk bergelap, selain tidak mempunyai bekalan air bersih.

Selain itu, kira-kira 44 kem kecemasan dibangunkan untuk merawat ribuan penduduk yang cedera, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Madagascar menjadi negara pertama dibadai Ana dan merekodkan jumlah kematian tertinggi.

Keadaan di beberapa negara yang dilanda banjir boleh diburukkan dengan satu lagi ribut yang bakal melanda dalam tempoh beberapa hari akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya