Restoran dikritik kerana hidang menu kepala itik - Utusan Malaysia

Restoran dikritik kerana hidang menu kepala itik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah restoran di London mendapat kecaman daripada pengguna media sosial selepas memuat naik gambar menu terbaharunya, iaitu kepala berserta leher itik yang diisi dengan lobak serta kekacang.

Lapor Daily Mail, hantaran itu dimuat naik oleh restoran Westerns Laundry di Highbury dan pengurusan restoran tersebut memaklumkan menu terbaharu itu berharga 18 pound (RM103).

Seorang daripada pengguna Instagram menyifatkan hidangan itu ‘sangat melampau’, namun ada juga pengguna yang berpandangan menu tersebut kelihatan menyelerakan.

Hidangan kepala itik itu merupakan antara tiga menu yang paling mahal diperkenalkan restoran tersebut.

Menu paling mahal yang ditawarkan restoran itu adalah ‘daging dada itik berserta kubis dan kepingan daging khinzir’ yang berharga 26 pound (RM149).

Restoran itu dibuka pada 2017 dan mendapat penilaian positif daripada banyak pihak termasuk selebriti terkenal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya