Ratusan 'ahli sihir' abad ke-15 diampunkan Parlimen Catalonia - Utusan Malaysia

Ratusan ‘ahli sihir’ abad ke-15 diampunkan Parlimen Catalonia

ILUSTRASI artis mengenai amalan sihir di Eropah pada abad ke-15 dan 18. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Parlimen wilayah Catalonia akhirnya secara rasmi mengampunkan ratusan wanita yang dibunuh kerana didakwa mengamalkan sihir antara abad ke-15 dan 18.

Lapor BBC, ahli Parlimen Catalonia meluluskan resolusi untuk ‘memperingati’ lebih 700 wanita yang diseksa sehingga mati kerana mengamalkan ilmu sihir.

Sejarah Sepanyol mendapati Catalonia merupakan wilayah pertama di Eropah yang melakukan pemburuan terhadap ahli sihir.

“Kami sudah mengetahui nama lebih 700 wanita yang ditangkap, diseksa dan dibunuh antara abad ke-15 dan 18.

“Ahli sihir sering dikaitkan dengan kematian tiba-tiba golongan kanak-kanak dan hasil tuaian yang sedikit,” kata ahli Parlimen.

Kumpulan aktivis menyifatkan golongan wanita yang dibunuh itu menjadi ‘mangsa penganiayaan’ dan menggesa supaya memori berkenaan mereka diabadikan pada nama jalan.

Puluhan ribu orang terutamanya wanita dihukum mati di seluruh Eropah kerana didakwa terlibat dalam sihir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya