Rangkaian 5G ganggu sistem penerbangan AS - Utusan Malaysia

Rangkaian 5G ganggu sistem penerbangan AS

PESAWAT Delta di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa John F.Kennedy, New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seramai 10 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari syarikat penerbangan terbesar Amerika Syarikat (AS) memberi amaran negara ini akan berdepan ‘gangguan terbesar semasa penerbangan dan penghantaran barang’ sekiranya perkhidmatan teknologi 5G dilaksanakan seperti yang dirancang. 

Verizon dan AT&T sudah dua kali menangguhkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan baharu C-Band 5G, disebabkan amaran daripada syarikat penerbangan berhubung kebimbangan sistem baharu itu akan mengganggu peralatan pesawat yang digunakan untuk mengukur altitud. 

Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menulis surat kepada Menteri Pengangkutan, Pete Buttigieg dan pegawai kerajaan AS lain dengan menekankan tentang risiko ‘musibah ekonomi’ sekiranya Verizon dan AT&T meneruskan rancangan dengan teknologi baharu sebelum perubahan serta penambahbaikan dilakukan terhadap kelengkapan penerbangan. 

“Kami memohon supaya 5G dilaksanakan di semua tempat di negara ini kecuali dalam jarak tiga kilometer dari landasan kapal terbang seperti yang ditetapkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada 19 Januari 2022.

“Secara terang-terangan perdagangan negara akan terhenti disebabkan teknologi tersebut. Oleh itu, campur tangan segera diperlukan untuk mengelakkan gangguan operasi yang ketara kepada penumpang udara, penghantaran bekalan perubatan dan rantaian bekalan lain,” katanya. 

Surat tersebut ditandatangani oleh CEO American, United, Delta dan Southwest termasuk syarikat gergasi penghantaran barangan seperti FedEx dan UPS.  

Ahad lalu, FAA memaklumkan, pihaknya sudah meluluskan beberapa transponder untuk dikendalikan dengan selamat dalam liputan kawasan 5G. 

Peralatan itu akan digunakan dengan membersihkan sebanyak 48 dari 88 lapangan terbang yang paling terjejas secara langsung oleh gangguan C-Band 5G. 

Februari lalu, Verizon dan AT&T memenangi kontrak bernilai puluhan bilion dolar untuk mengendalikan 5G dalam jalur frekuensi 3.7-3.98 GHz, dan pelancaran perkhidmatan itu akan bermula 5 Disember. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya