Rakyat UAE belum divaksin dilarang keluar negara - Utusan Malaysia

Rakyat UAE belum divaksin dilarang keluar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang belum divaksin akan dilarang meninggalkan negara itu bermula 10 Januari depan.

Lapor Arab News, perkara itu diputuskan oleh Kementerian Luar serta Pihak Berkuasa Pengurusan dan Krisis Bencana Negara.

Langkah itu susulan UAE merekodkan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi dengan 2,556 kes baharu.

Jumlah keseluruhan kes positif di negara itu adalah sebanyak 764, 493 kes, manakala, 745,963 pesakit sembuh dari wabak itu.

UAE berhasrat meneruskan ujian calitan Covid-19 di seluruh negara bagi mengesan jangkitan virus tersebut di peringkat awal dan melaksanakan rawatan sepatutnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya