PRU Indonesia ditetapkan Februari 2024 - Utusan Malaysia

PRU Indonesia ditetapkan Februari 2024

MESYUARAT yang dilakukan antara DPR, Kementerian Dalam Negeri, KPU dan Bawaslu di Parlimen di Jakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (Pemilu) negara ini berserta Pilihan Raya Presiden (Pilpres) secara serentak pada 14 Februari 2024.

Lapor CNN Indonesia, pengumuman itu sekali gus mengakhiri spekulasi pelbagai pihak mengenai penundaan Pemilu dan penggal pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Pengumuman itu juga menyaksikan semua badan berkaitan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) dapat membuat persiapan.

Persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat bersama Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Kementerian Dalam Negeri, KPU dan Bawaslu di Parlimen.

Mesyuarat itu turut bersetuju menetapkan tarikh pengundianbagi pilihan raya ketua daerah (Pilkada) pada 27 November 2024.

Selain itu, ketetapan program dan jadual pelaksanaan Pemilu 2024 akan ditetapkan selepas penelitian DPR, kerajaan dan badan-badan berkaitan.

Terdahulu, timbul spekulasi menuduh kerajaan Jokowi sengaja melanjutkan penggal pentadbirannya dengan menundakan Pemilu sehingga 2027.

Sementara itu, KPU mengusulkan cadangan supaya tempoh kempen disingkatkan sekitar 120 hari atau empat bulan bermula 14 Oktober 2023.

Namun, Kementerian Dalam Negeri pula mencadangkan supaya kempen berlangsung selama 90 hari sahaja supaya memudahkan semua urusan, selain boleh dibantu dengan penggunaan teknologi terkini seperti media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya