MAPUTO: Presiden Mozambique, Filipe Nyusi dan isterinya, Isaura Nyusi disahkan dijangkiti Covid-19 dan kini menjalani kuarantin.
Lapor BBC, menurut kenyataan dari Pejabat Presiden, Nyusi dan isterinya tidak menunjukkan sebarang gejala wabak itu.
“Bagaimanapun, Nyusi dan isterinya memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri berdasarkan garis panduan kesihatan selepas diuji positif Covid-19,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Nyusi dan isterinya melakukan ujian saringan Covid-19 selepas terlibat dalam aktiviti sejak beberapa hari lalu.
Setakat ini, negara itu merekodkan lebih 193,000 kes Covid-19 dan 2,031 kematian akibat jangkitan itu. – AGENSI