Pisang kaki di UK tertera kalimah Allah - Utusan Malaysia

Pisang kaki di UK tertera kalimah Allah

KALIMAH Allah tertera dalam potongan buah pisang kaki di UK.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang jemaah Masjid Madina di Sheffield menemukan kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Arab selepas memotong buah pisang kaki.

Lapor Daily Star, Hafiz Abdul Basit, 30, berkata, kejadian itu adalah fenomena menakjubkan yang jarang berlaku di negara itu.

Hafiz yang bekerja sebagai ahli farmasi merupakan antara 500 jemaah masjid yang hadir sempena majlis memperingati ulang tahun kematian bapanya, Haji Muhammad Tariq Hussain yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk.

Kejadian disedari ketika salah seorang ahli keluarganya memotong buah itu dan menemukan kalimah agung tersebut.

“Sebelum ini banyak keajaiban berlaku di negara Asia, tetapi ini adalah peristiwa keajaiban kali pertama berlaku di United Kingdom.

“Orang ramai terkejut dan kagum dengan penemuan tersebut. Ahli keluarga memutuskan untuk makan buah tersebut kerana mahu mengambil keberkatan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya