Pil generik pertama Pfizer dijual di farmasi Bangladesh - Utusan Malaysia

Pil generik pertama Pfizer dijual di farmasi Bangladesh

PIL Lipitor dalam bentuk tablet keluaran Pfizer yang diedarkan oleh Parke-Davis di Washington.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pil generik pertama keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan Covid-19 sudah mula dijual di farmasi Bangladesh Sabtu lalu, iaitu dua hari selepas pengawal selia ubat-ubatan meluluskan bagi kegunaan kecemasan.

Dua syarikat farmasi utama di Bangladesh, Beximco Pharma dan Eskayef mula menghasilkan ubat versi generik itu tahun lalu selepas ujian awal Pfizer menunjukkan kesan sangat baik merawat Covid-19.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Pentadbiran Ubat-Ubatan negara itu memberikan kebenaran penggunaan kecemasan kepada kedua-dua pil tersebut.

Pil dari Beximco Pharma akan memasuki pasaran farmasi dengan nama Bexovid, manakala, Eskayef sebagai Paxovir.

Ketua Pegawai Operasi Beximco, Rabbur Reza berkata, pihaknya mula menjalankan proses pembangunan produk tersebut sebaik sahaja melihat kejayaan kombinasi ubat Pfizer bagi merawat virus sejak awal tahun lalu.

“Kita mula membekalkan pil itu  kepada farmasi utama di Dhaka sejak petang Khamis lalu. Kita akan membekalkan ubat tersebut ke farmasi seluruh negara secara berperingkat,” jelasnya.

Pil baharu bernama Paxlovid adalah gabungan rawatan oral bagi individu yang mempunyai simptom sederhana dan berisiko tinggi menjadi lebih teruk akibat Covid-19.

Rawatan keluaran Pfizer adalah dilindungi oleh peraturan paten.

Namun, negara seperti Bangladesh yang dikategorikan sebagai kurang membangun tidak terikat dengan peraturan paten tersebut dan mereka boleh menghasilkan lebih banyak pil versi generik dengan harga berpatutan.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Eskayef, Dr. Mohammad Mujahidul Islam berkata, Paxovir memerlukan tempoh beberapa hari lagi sebelum memasuki pasaran di negara ini.

“Ini adalah ubat bukan untuk kegunaan biasa. Jadi, kita akan hantar bekalan ke lokasi strategik seperti hospital khas Covid-19 dan beberapa premis ubat-ubatan terpilih di seluruh negara,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya