Pihak berkuasa California mahu guna laser halau burung gagak - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa California mahu guna laser halau burung gagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pihak berkuasa California merancang untuk menggunakan laser untuk menghalau populasi burung gagak yang semakin meningkat di bandar raya ini.

Penduduk di Sunnyvale memaklumkan, burung tersebut sering memenuhi kawasan bandar dan mengotorkan kawasan sekitar dengan najis.

Selain itu, bunyi bising burung berkenaan turut mengganggu waktu tidur mereka pada waktu malam.

“Cukuplah dengan bunyi yang dikeluarkan dari perkhidmatan Caltrain dan bunyi burung gagak benar-benar mengganggu hidup penduduk di sini,” kata Timbalan Datuk Bandar Sunnyvale, Alysa Cisneros.

Terdahulu, Datuk Bandar Larry Klein memaklumkan, pihak berkuasa Sunnyvale sudah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalau kesemua burung gagak berkenaan, namun gagal.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, pihak berkuasa mungkin menggunakan sinaran laser hijau untuk menghalau kawanan burung tersebut.

Namun, tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pencinta haiwan yang memaklumkan, laser hanya menyebabkan mata burung gagak menjadi buta.

Keadaan itu menyebabkan haiwan tersebut sukar untuk terbang dan mencari makan, dengan akhirnya mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya