Pesawat Tentera Laut AS 'silap mendarat', tujuh anggota cedera - Utusan Malaysia

Pesawat Tentera Laut AS ‘silap mendarat’, tujuh anggota cedera

PUNCA kejadian masih disiasat dengan tiga daripada tujuh tentera yang cedera memerlukan rawatan lanjut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebanyak tujuh anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera apabila pesawat perang F-35C melakukan pendaratan yang tidak lancar di atas dek kapal pengangkut USS Carl Vinson yang berlayar di Laut China Selatan.

Insiden itu menyaksikan juruterbang keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.

Kenyataan tentera memaklumkan, kejadian tersebut  berlaku ketika ‘operasi rutin penerbangan’ dilakukan di Laut China Selatan.

“Juruterbang terjatuh ke dalam laut ketika keluar menggunakan kerusi anjal dan ditemukan oleh helikopter tentera AS.

“Dia (juruterbang) berada dalam keadaan stabil dan tujuh lagi anggota turut cedera dalam insiden tersebut,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, tiga daripada anggota tentera laut yang cedera perlu dipindahkan segera ke pusat perubatan di Manila, manakala empat lagi menerima rawatan dia atas kapal.

Punca pesawat yang dihasilkan oleh Lockheed Martin itu ‘berdepan dengan masalah ketika mendarat’ akan disiasat segera.

Dalam pada itu, Pentagon memaklumkan, dua kapal pengangkut Tentera Laut AS iaitu Carl Vinson dan USS Abraham Lincoln memulakan operasi di Laut China Selatan sejak Ahad lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya