PARIS: Kerajaan Perancis menutup platform media milik aktivis dan laman web Islam kerana di anggap bertentangan dengan ‘nilai kebangsaan negara ini’.
Tindakan itu dikritik kumpulan hak asasi manusia dan peguam kerana melanggar kebebasan demokrasi sehingga mencetuskan beberapa protes.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, beliau akan menutup Nantes Revoltee iaitu platform media tempatan yang menyalurkan maklumat mengenai bantahan itu.
Terdahulu, beliau mengumumkan rancangan untuk menutup laman web ‘La Voie’ yang menyiarkan kandungan Islam.
Dalam tempoh 12 tahun, kerajaan menutup 12 organisasi dan kumpulan berbanding tujuh antara 2016 dan 2019.
Sebelum sesuatu pertubuhan itu dibubarkan, mereka mempunyai masa selama 15 hari untuk memberikan maklum balas.
Kemudian, apabila perintah dikeluarkan, organisasi terbabit boleh membawa kes ke Majlis Negara iaitu sebuah mahkamah pentadbiran.
Namun, sehingga kini Nante Revoltee memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung hal berkenaan. – REUTERS