WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden buat pertama kalinya mengenakan sekatan terhadap Korea Utara selepas negara itu melancarkan siri ujian peluru berpandu, termasuk dua kali pada minggu lalu.
Sekatan itu dikenakan terhadap enam rakyat Korea Utara, seorang warga Rusia dan sebuah syarikat Rusia yang didakwa bertanggungjawab membekalkan bahan untuk membangunkan senjata nuklear di negara berkenaan.
Jabatan Perbendaharaan AS menyatakan, sekatan itu bertujuan menyekat program senjata nuklear Korea Utara dan menghalang cubaan negara itu untuk memajukan teknologi senjata bagi tujuan yang tidak sepatutnya.
Jurucakap Jabatan Negara AS, biarpun sekatan demi sekatan dikenakan, Ned Price menegaskan, Washington kekal komited untuk menjalin hubungan diplomasi dengan Pyongyang.
“Tidak mustahil AS dan Korea Utara boleh menjalin diplomasi dan sekiranya ada peluang, kami akan melakukannya,” katanya.
Sekatan itu juga melibatkan enam peluru berpandu yang dilancarkan negara itu sejak September tahun lalu, dengan setiap satunya mencabul resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – REUTERS