Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks - Utusan Malaysia

Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks

MAHKAMAH di Maghribi mengenakan hukuman penjara terhadap pensyarah universiti atas kesalahan menawarkan gred yang bagus untuk hubungan seksual. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sebuah mahkamah di Maghribi menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang pensyarah universiti atas kesalahan menawarkan gred yang bagus untuk hubungan seksual.

Ia merupakan keputusan mahkamah pertama yang dibuat melibatkan skandal seks yang menggemparkan negara Afrika Utara itu.

Skandal itu meletus pada September lalu apabila media Maghribi mengesan kebocoran beberapa mesej di laman media sosial yang dipercayai dilakukan antara pensyarah dan pelajar.   

Defenden yang merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Hassan I di Settat berhampiran Casablanca, didapati bersalah atas dakwaan ‘berkelakuan tidak senonoh, keganasan dan gangguan seksual’.

Lapor media tempatan, empat lagi pensyarah akan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan sama iaitu ‘menghasut untuk melakukan kegiatan tidak bermoral, diskriminasi jantina dan keganasan terhadap wanita’.

Beberapa skandal gangguan seksual berprofil tinggi menggemparkan beberapa universiti di Maghribi sejak kebelakangan tahun ini namun kebanyakannya gagal sampai hingga ke peringkat perbicaraan apatah lagi sabitan.

Pada 2018, setelah perdebatan selama beberapa tahun, Maghribi meminda undang-undang yang membolehkan pelaku gangguan, serangan, eksploitasi seksual atau layanan buruk dikenakan hukuman penjara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya