Pemindahan ibu negara baharu Indonesia dilaksana secara berperingkat - Utusan Malaysia

Pemindahan ibu negara baharu Indonesia dilaksana secara berperingkat

JOKO Widodo meninjau kawasan di daerah Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur yang akan dibangunkan sebagai ibu negara baharu Indonesia pada Disember 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional (PPN) memaklumkan, proses pemindahan ibu negara baharu iaitu dari Jakarta ke Kalimantan Timur akan dilakukan secara bertahap.

Perkara itu disampaikan oleh menterinya, Suharso Monoarfa ketika membahaskan isu berhubung pemindahan tersebut di Parlimen.

“Proses pemindahan ini tidak boleh dilakukan seperti guna ‘lampu Aladdin’ (sekelip mata), tetapi perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut visi panjang Indonesia 2045,” katanya.

Kelmarin, Presiden Joko Widodo atau Jokowi memutuskan ibu negara baharu itu dinamakan sebagai Nusantara yang melambangkan Indonesia.

Selain itu, Suharso menjelaskan, Nusantara merupakan langkah Indonesia dalam membangunkan peradaban baharu yang lebih transformasi, mencerminkan keperibadian rakyat negara ini dan mampu bersaing secara global.

Katanya, nama Nusantara itu bersesuaian dengan geografi dan kepelbagaian budaya yang dimiliki negara ini.

“Nusantara adalah konsep penyatuan yang mendukung kepelbagaian Indonesia dan perpaduan itu menjadi modal sosial untuk pembangunan rakyat, sekali gus menjadikan negara lebih maju,” ujarnya.

Menurut Suharso, terdapat sebanyak 80 calon nama ibu negara baharu yang diusulkan kepada Jokowi dan pemilihan nama Nusantara itu dibuat selepas merujuk pelbagai pakar bahasa serta sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya