Pasangan kembar dapat adik kembar selepas 20 tahun - Utusan Malaysia

Pasangan kembar dapat adik kembar selepas 20 tahun

YULIYANI bersama kembarnya mendukung adik kembar lelaki mereka di Tangerang, Banten. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG: Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.

Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.

Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.

“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.

Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.

Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.

Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.

Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.

“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.

“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.

Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya