Paris berjaya pujuk Moscow redakan ketegangan - Utusan Malaysia

Paris berjaya pujuk Moscow redakan ketegangan

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mempengerusikan mesyuarat bersama anggota Majlis Keselamatan di Novo-Ogaryovo di luar Moscow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya, Presiden Rusia, Vladimir Putin bersetuju untuk ‘meredakan ketegangan’ berhubung krisis Ukraine menerusi perbualan telefon semalam.

Putin turut mengulangi pendiriannya bahawa Rusia tidak mempunyai perancangan untuk menyerang Ukraine seperti yang dicanang negara Barat.

Kedua-dua pemimpin itu berbual selama lebih sejam dan Perancis sifatkan panggilan telefon itu sebagai ‘satu penghormatan dan serius’.

“Perbualan telefon antara Macron dan Putin menyaksikan mereka bersetuju untuk meredakan ketegangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

“Presiden Putin memberitahu, Rusia tidak mempunyai pelan untuk menyerang Ukraine dan beliau mahu meneruskan perbincangan dengan Perancis dan sekutu negara ini,” menurut pegawai kerajaan Perancis dalam sesi taklimat bersama media.

Terdahulu, Perancis menjadi orang tengah dalam rundingan selama lebih lapan jam membabitkan Rusia dan Ukraine berhubung mengekalkan gencatan senjata di timur Ukraine.

Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian bercakap kepada stesen radio RTL menyatakan, suara Putin kedengaran ‘lebih tenang’ dan keadaan itu berbeza dengan retorik oleh sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

“Ketika ini, terpulang kepada Putin sama ada beliau mahu konfrontasi atau rundingan. Kami bersedia untuk sebarang rundingan pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden mahu menghantar pasukan tentera negara ini ke Eropah Timur dalam tempoh terdekat, namun tidak melibatkan jumlah yang ramai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya