Pakatan tentera diketuai Rusia kerah pasukan pengaman ke Kazakhstan - Utusan Malaysia

Pakatan tentera diketuai Rusia kerah pasukan pengaman ke Kazakhstan

PENUNJUK perasaan mengadakan protes membantah kenaikan harga bahan api di Almaty, Kazakhstan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah pakatan ketenteraan diketuai Rusia mengerahkan pasukan pengaman ke Kazakhstan untuk membantu menstabilkan keadaan negara itu yang dilanda pergolakan.

Tindakan itu dibuat selepas dakwaan protes besar-besaran yang mengakibatkan negara bekas Soviet itu dalam keadaan huru-hara akibat didalangi `campur tangan luar’.

Kazakhstan yang sejak sekian lama dilihat sebagai antara negara bekas Soviet paling stabil di Asia Tengah dan kaya dengan sumber bahan api kini berdepan krisis terbesar dalam beberapa dekad.

Penunjuk perasaan yang marah terhadap kenaikan harga bahan api bertindak menyerbu bangunan kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO), Nikol Pashinyan memaklumkan pakatan tentera itu akan menghantar pasukan pengaman ke Kazakhstan untuk tempoh masa terhad.

CSTO dianggotai oleh Rusia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Pashinyan yang juga merupakan Perdana Menteri Armenia berkata, penghantaran pasukan pengaman itu bagi memenuhi permintaan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev.

Katanya, ia juga bagi menstabilkan situasi di negara tersebut yang berpunca daripada campur tangan luar.

Bagaimanapun, Pashiyan tidak menyatakan jumlah anggota pasukan pengaman yang dihantar ke negara tersebut.

Tokayevhari dalam ucapannya meminta bantuan CSTO diketuai Rusia untuk memerangi `kumpulan pengganas’ yang menerima latihan di luar negara.

Menurut Tokayevhari, kumpulan pengganas merampas bangunan, infrastruktur dan premis yang menempatkan senjata.

Tambahnya, kumpulan itu juga membawa lima pesawat di lapangan terbang di bandar Almaty malah menyatakan tentera udara Kazakhstan terbabit dalam pertempuran berhampiran bandar itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya