BAMAKO: Kerajaan Nigeria menubuhkan sebuah pusat tindak balas kecemasan bagi menangani kes demam Lassa yang melanda beberapa wilayah negara itu.
Tindakan itu berikutan peningkatan jumlah kes demam Lassa sejak tiga minggu lalu, dengan kira-kira 115 kes jangkitan dan 26 kematian dilaporkan.
Lapor BBC, menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC), penubuhan pusat itu adalah amat penting bagi membendung penularan jangkitan tersebut.
Demam Lassa disebarkan antara manusia melalui makanan atau peralatan dalam rumah yang dicemari dengan air kencing atau najis tikus.
Gejala penyakit itu termasuk demam, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan batuk.
Demam lassa yang dikesan buat pertama kali pada 1960an, dinamakan sempena sebuah kampung di timur laut negeri Borno.
Ia menjadi endemik di Afrika Barat sehingga menyebabkan lebih 5,000 kes kematian dilaporkan setiap tahun. – AGENSI