NASA tawar ganjaran RM100,000 untuk kurangkan sisa buangan angkasawan - Utusan Malaysia

NASA tawar ganjaran RM100,000 untuk kurangkan sisa buangan angkasawan

INDIVIDU atau kumpulan yang berjaya menghasilkan idea terbaik akan diberi ganjaran sebanyak AS$24,000 (RM100,501). - GETTY IMAGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menawarkan ganjaran bernilai AS$24,000 (RM100,501) kepada mana-mana individu yang dapat membantu mengurangkan sisa buangan angkasawan.

Langkah itu dalam usaha mengubah sisa buangan angkasawan kepada bahan berguna yang dikenali sebagai ‘space gold’.

Lapor Daily Star, agensi angkasa lepas itu mencari kaedah untuk mengitar semula sisa buangan manusia seperti najis, karbon dioksida, sampah dan bahan pembungkusan sabun untuk dijadikan sebagai produk yang berguna.

Jelas laporan itu, keupayaan untuk melakukan perkara itu dapat membantu para angkasawan meneruskan misi yang lebih lama tanpa dihadkan oleh jumlah sumber yang boleh dibawa.   

“NASA tidak pasti bagaimana untuk mewujudkan space gold itu. Jadi agensi itu melancarkan satu pertandingan iaitu ‘Cabaran mengubah sisa kepada bahan asas: Pemprosesan Semula Mampan di Angkasa Lepas’, ” jelas laporan itu.

Mana-mana individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan idea terbaik akan diberi ganjaran sebanyak AS$24,000 dalam pertandingan tersebut.

Hadiah berasingan sejumlah AS$1,000 (RM4,187) juga ditawarkan untuk idea terbaik bagi setiap kategori individu.

Menurut laman web NASA, peserta pertandingan itu perlu membayangkan diri mereka berada dalam perjalanan dua hingga tiga tahun ke planet Marikh dengan bekalan terhad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya