NASA kutip sampel batu, tanah Marikh ke Bumi - Utusan Malaysia

NASA kutip sampel batu, tanah Marikh ke Bumi

PERSEVERANCE berjaya mengambil enam sampel batu dan menangkap 100,000 imej di planet Marikh.-NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Kenderaan robotik Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Perseverance, merekodkan pencapaian baharu dengan mengambil enam sampel batu, merakam 100,000 imej Planet Merah serta mengembara sejauh 2.9 kilometer sepanjang tahun pertama berada di Marikh.

Pencapaian itu sekali gus mencipta rekod pemanduan paling lama di planet tersebut dalam tempoh sepuluh bulan sejak pertama kali kapal angkasa bersaiz kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mendarat di permukaan kawah Jezero, Februari tahun lalu.

Pengurus Misi Operasi Permukaan, Jessica Samuels di Makmal Pelepasan Jet NASA, California Selatan berkata, tempoh sepuluh bulan itu adalah paling sibuk dan menjadi tahun paling mencabar buat mereka.

“Bermula dengan operasi semasa Covid-19, cabaran dengan persampelan, mentafsir keputusan saintifik, ia adalah nama yang sesuai untuk kenderaan itu (Perseverance) dan seluruh pasukan,” katanya menerusi video dikongsikan NASA, lapor Daily Mail. 

 Perseverance dilancarkan sejak musim panas 2020 sebelum mendarat di permukaan planet Marikh, Februari 2021.

Sementara itu, Samuels berkata, misi Perseverance seterusnya adalah meneroka delta yang terbentuk di kawah Jezero selama berbilion tahun lalu.

“Rasanya hebat menjadi sebahagian daripada individu yang mencipta sejarah dan membolehkan permulaan kempen Pemulangan Sampel Marikh serta mendorong kami meneroka planet lain.

“Kami tidak sabar menunggu misi masa hadapan untuk mengambil dan membawa tanah ke bumi serta melihat jika terdapat tanda-tanda kehidupan purba,” katanya.

Dalam pada itu, Samuels berkata, pihaknya gagal mengambil sampel tanah Marikh dalam percubaan pertama, 6 Ogos lalu kerana batu di planet itu lebih lembut daripada yang dijangka.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya