PHUKET: Seorang wanita Jepun sanggup membayar lebih 300,000 baht (RM3,800) semata-mata mengiklankan kehilangan dua kucing miliknya di papan iklan yang hilang sejak November lalu.
Lapor The Thaiger, kisah itu dikongsikan oleh pekerjanya yang merupakan rakyat tempatan kepada media Thailand.
Katanya, majikannya membeli empat ekor kucing tersebut dari Jepun.
Pada suatu hari, seorang pekerja terlupa menutup pintu pejabat yang menyebabkan dua ekor kucing itu keluar.
Menurut pekerja itu, seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma, manakala, seorang kucing betina berusia enam tahun bernama Tama.
Pemilik kucing itu memberitahu dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kucing tersebut.
Sejak kehilangan haiwan itu, dia tidak dapat menahan kesedihan dan terpaksa menanggung rindu yang mendalam.