Lelaki warga emas maut ketika kunjungi pusat urut di Thailand - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut ketika kunjungi pusat urut di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Hasrat seorang lelaki warga emas untuk mendapatkan ‘pengakhiran yang menggembirakan’ di pusat urut di sini tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia secara tiba-tiba.

Lapor Daily Mail, lelaki dari Britain yang tidak didedahkan nama itu mengunjungi sebuah pusat urut di Pattaya sebelum diurut seorang wanita yang dikenali sebagai Oraya, 39.

Menurut wanita itu, lelaki tersebut secara tiba-tiba mengalami sesak nafas dan seperti tercekik sebelum tidak sedarkan diri.

Justeru itu, dia memanggil rakan-rakannya untuk memberi bantuan pernafasan sebelum lelaki itu meninggal dunia dan mereka menutup mayatnya menggunakan tuala.

Polis kemudiannya tiba di pusat urut yang terletak di daerah Bang Lamung kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan dan menutup kawasan sekitar.

Pasukan paramedik yang tiba mengesahkan lelaki itu meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke hospital.

Dalam pada itu, polis tidak menemukan sebarang tanda pergelutan, selain dokumen identiti lelaki itu tidak ditemukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya