Lelaki umur 35 tahun masih pakai lampin pakai buang - Utusan Malaysia

Lelaki umur 35 tahun masih pakai lampin pakai buang

MARC Spaganuolo kini lebih terbuka menghadapi penyakit dialaminya dengan memuat naik video di aplikasi TikTok. - KENNEDY NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berusia 35 tahun mendedahkan secara terbuka dia terpaksa memakai lampin pakai buang dewasa disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Malah, Marc Spaganuolo kini mengakui dia tidak lagi berasa malu dengan kekurangan yang dialaminya.

Lapor Daily Star, Spaganuolo menderita kondisi saraf degeneratif yang dikenali sebagai neuropati periferal.  

Neuropati adalah gangguan saraf yang memberi kesan kepada transmisi maklumat dan keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengawal usus dan pundi kencing.

Sepanjang 20 tahun lalu, Spaganuolo berdiam diri mengenai keadaan kesihatannya kerana berasa amat malu, malah pernah menyalahkan anjing peliharaannya disebabkan masalah yang dialaminya.  

Namun, Spaganuolo kini lebih terbuka apabila berkongsi tentang penyakitnya menerusi beberapa video yang dimuat naik dalam TikTok.

Sementara itu, Spaganuolo berkata, dia mengalami masalah itu ketika berusia 15 tahun dan terpaksa menjalani banyak pemeriksaan selama bertahun-tahun sebelum didiagnosis penyakit berkenaan pada usia 25 tahun.   

Menurutnya, dia kini mencari pasangan cinta dan tidak segan lagi memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya dalam profil aplikasi janji temu.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya