Lelaki sebabkan kekasih bunuh diri di kubur bapanya menangis dipecat sebagai polis - Utusan Malaysia

Lelaki sebabkan kekasih bunuh diri di kubur bapanya menangis dipecat sebagai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOJOKERTO: Seorang anggota polis yang didakwa menggalakkan kekasihnya menggugurkan kandungan sebanyak dua kali sehingga menyebabkan wanita itu mengalami tekanan perasaaan dan membunuh diri dengan minum racun secara rasmi dipecat sebagai anggota keselamatan negara ini.

Lapor Tribunnews, anggota polis itu, Randy Bagus menangis selepas keputusan itu dibacakan ketika menghadiri perbicaraan Kod Etika Kerjaya Polis (KEPP) di Ibu Pejabat Polis Jawa Timur kelmarin.

Selepas beberapa siri perbicaraan, terbukti randy terlibat dalam kes pengguguran haram melibatkan seorang pelajar wanita yang dikenali sebagai NW dan berusia 23 tahun.

Biarpun sedih dengan keputusan itu, Randy dilihat terus mengikuti sidang perbicaraan sehingga selesai.

“Siasatan menunjukkan memang randy terlibat dalam pengguguran haram iaitu menggalakkan teman wanitanya menggugurkan kandungan hasil hubungan mereka sebanyak dua kali.

“Keadaan itu menyebabkan teman wanita Randy tertekan dan akhirnya membunuh diri di pusar bapanya dengan minum racun,” kata jurucakap polis Jawa Timur, Gatot Repli Handoko.

Selepas ini, Randy akan menjalani perbicaraan undang-undang bagi menentukan hukumannya dan jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya