DENPASAR: Seorang lelaki ditemukan mati di lombong kerana dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam lombong tersebut dan lemas.
Ironinya, mangsa yang dikenali Abdul Hamid, 30, sebelum ini pernah terjatuh di lombong yang sama, namun dia sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Semasa kejadian, Abdul Hamid pergi memancing di lombong tersebut sambil ditemani isterinya, Jumanten dan ketika menunggu suaminya, wanita berusia 50 tahun itu mencari sayuran di kawasan sekitar untuk dibawa pulang.
Namun, setengah jam kemudian ketika dia kembali ke lombong itu, Jumanten mendapati suaminya tiada dan dia bertanya kepada pengunjung lain jika mereka ada melihat suaminya.
Para pengunjung memaklumkan mereka tidak melihat kelibat Abdul Hamid sehinggalah Jumanten menemukan sebelah selipar milik suaminya di tepi lombong.
Jumanten kemudiannya pulang ke rumah untuk meminta bantuan daripada jirannya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Selepas beberapam jam pencarian, akhirnya mayat Abdul Hamid ditemukan tersangkut pada ranting pokok di lombong berkenaan.
“Penyakit sawannya sering muncul tiba-tiba tidak kira masa dan dia juga pernah jatuh di lombong sama sebelum ini,” kata Jumanten.