Lelaki ditahan bakar bangunan Parlimen - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bakar bangunan Parlimen

KEPULAN asap hitam dari bumbung bangunan Parlimen Afrika Selatan di Cape Town. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyebabkan kebakaran besar di bangunan Parlimen Afrika Selatan di bandar Cape Town.

Lapor BBC, jurucakap polis berkata, suspek tersebut menghadapi tuduhan membakar, memecah bangunan dan mencuri serta akan dihadapkan di mahkamah.

Menurut Brigadier Nomthandazo Mbambo, suspek juga akan didakwa di bawah Akta Utama Negara
yang bertujuan melindungi kawasan mempunyai kepentingan strategik.

Setakat ini, butiran terperinci mengenai maklumat tersebut tidak didedahkan.

Sementara itu, pasukan bomba dilaporkan bertungkus lumus selama beberapa jam untuk mema damkan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar bangunan Parlimen tersebut.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menyifatkan kebakaran itu sebagai insiden yang amat teruk dan dahsyat.

Rakaman di lokasi kejadian menunjukkan kepulan asap hitam memenuhi ruang udara dengan api besar marak dari bumbung bangunan.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula di pejabat tingkat tiga dan merebak dengan cepat ke bahagian dewan di Dewan Rakyat.

Ketika kejadian, Parlimen tidak bersidang disebabkan cuti dan tiada kecederaan dilaporkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya