Kulit harimau dikeringkan, daging dimakan pemburu haram di hutan Thailand - Utusan Malaysia

Kulit harimau dikeringkan, daging dimakan pemburu haram di hutan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan renjer hutan yang berkawal di Taman Negara Thong Pha Phum di Kanchanaburi menemukan kem pemburu haram yang menyasarkan harimau Bengal.

Dinggarkan lima pemburu haram sempat melarikan diri ketika kumpulan renjer tiba di kem tersebut.

Kawalan keselamatan itu dilakukan pada 8 hingga 10 Januari lalu bagi mencegah sebarang perbuatan merosakkan hutann oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum mendapat maklumat mengenai kegiatan pemburuan haram.

Menurut seorang daripada anggota renjer, mereka pada mukanya terhidu bau asap dan cuba menjejaki sumbernya sehingga menemukan kem terbabit.

“Pada pagi 9 Januari, kumpulan renjer ternampak kepulan asap hitam pada lokasi yang terletak kira-kira tiga hingga empat kilometer dari sempadan Myanmar dan cuba menjejaki sumbernya.

“Kami ternampak lima pemburu haram di kem tersebut dan cuba menahan mereka, namun kesemuanya melarikan diri dan kami gagal mengejar mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Bangkok Post.

Di kem tersebut, Anggota renjer menemukan dua kulit harimau Bengal yang dikeringkan, selain sebahagian daripada dagingnya dimasak dan dimakan oleh kumpulan pemburu haram itu.

Selain itu, bangkai lembu turut ditemukan dan dipercayai digunakan sebagai umpan untuk menangkap harimau berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya