Kucing peliharaan terlalu gemuk, pemilik didakwa zalimi haiwan - Utusan Malaysia

Kucing peliharaan terlalu gemuk, pemilik didakwa zalimi haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang pemilik kucing dituduh melakukan penganiayaan terhadap haiwan apabila kucing peliharaannya yang dinamakan Lyznia menjadi terlalu gemuk, malah digelar kucing paling gemuk di dunia.

Lyznia yang mempunyai lebih 10,000 pengikut dalam media sosial mula mencipta nama menerusi berat badannya yang disifatkan luar biasa bagi seekor kucing.

Selepas gambar kucing itu mula tular, beberapa pihak mendakwa tuannya sengaja membiarkan kucing itu menjadi gemuk untuk mendapatkan perhatian pelbagai pihak.

Namun, pemilik kucing itu memaklumkan, Lyznia mula mengalami masalah berat badan sejak bunting beberapa tahun lalu.

Menerusi hantaran media sosial, pemilik kucing tersebut memberitahu, dia tidak pernah memberi makan secara berlebihan.

“Ada pihak beranggapan kami sengaja memberi Lyznia makan secara berlebihan sedangkan adakah anda tahu Lyznia tidak mahu makanan lain melainkan menu dietnya.

“Memang benar Lyznia mula obes sejak bunting, namun kami tidak mahu jadikan isu tersebut sebagai punca,” katanya.

Pemilik kucing itu juga memaklumkan dia sudah beberapa kali membawa Lyznia berjumpa doktor veterinar, namun berat badannya terus bertambah dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, menerusi menu yang disediakan ketika ini, kucing itu mula berhenti menambah berat badan dan semakin aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya