Kubur Upin Ipin tiada kaitan dengan animasi Malaysia - Utusan Malaysia

Kubur Upin Ipin tiada kaitan dengan animasi Malaysia

KUBUR Upin dan Ipin menjadi tumpuan ramai selepas tular dalam video. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU: Tanah perkuburan yang terletak di Mantikulore di Palu, Sulawesi Tengah menjadi tular selepas satu video menunjukkan dua kubur tertera nama Upin dan Ipin yang merupakan watak animasi terkenal dari Malaysia.

Batu nisan yang tertera nama Upin menunjukkan tarikh meninggal dunia pada 6 Ogos 1995, manakala batu nisan Ipin pula bertarikh 2 April 1996.

Keterangan video itu juga memaklumkan siri animasi Upin Ipin yang disiarkan adalah berdasarkan cerita sebenar yang berlaku di Indonesia dan diadaptasi oleh penerbit di Malaysia.

Namun, bapa kepada Upin Ipin, Hikmah tampil memberi penjelasan.

Katanya, dia keliru pada mulanya selepas kubur dua anaknya menjadi tular dan tumpuan ramai.

“Saya dihubungi pelbagai media untuk menceritakan kisah dua anak saya berikutan nama mereka Upin dan Ipin.

“Upin meninggal dunia kerana sakit pada 1995 ketika berusia 14 hari, manakala adiknya, Ipin meninggal dunia tahun 1996 ketika berumur tiga hari juga kerana sakit.

“Anak-anak saya tiada kaitan dengan siri animasi Upin Ipin di Malaysia dan kehidupan kami tidak dijadikan jalan ceritanya,” katanya.

Selain itu, Hikmah juga memaklumkan, isterinya, Marlina yang merupakan ibu kepada anak-anaknya juga sudah meninggal dunia pada 1999 dan dikebumikan di tanah perkuburan sama.

Sementara itu, lelaki tersebut meminta orang ramai yang melawat kubur anaknya supaya mendoakan roh mereka tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya